Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,746

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bayi ‘Ajaib’ Meninggal Dunia Lepas 48 Jam Dilahirkan

12:27pm 24/01/2016 Pak Roshan 2671 views Global

PAY-baby-1

SEORANG bayi ‘ajaib’ yang dilahirkan dengan kepala separuh di Uttar Pradesh, India, meninggal dunia setelah 48 jam dilahirkan.

Bayi perempuan yang dilahirkan minggu lepas itu lahir dengan keadaan matanya tersembul keluar dan hanya separuh daripada bahagian kepalanya terbentuk.

PAY-baby

PAY-baby (2)

Ibu kepada bayi ‘ajaib’ ini, Savita Rani, 32, dari Amroha, India, melahirkan cahaya matanya ini secara normal di Sai Nursing Home Clinic sebelum mendapati anaknya ini berbeza dengan bayi-bayi lain.

Orang ramai yang mengetahui mengenai berita kelahiran ini mula berkumpul di hadapan pusta rawatan tersbeut bagi menyaksikan sendiri bayi ‘ajaib’ ini. Namun bayi ini meninggal dunia selepas 48 jam dilahirkan akibat kegagalan jantung.

Doktor yang merawatnya Savita berkata, kejadian pelik ini berlaku akibat tabiatnya yang tidak menjaga pemakanan sepanjang mengandungkan anaknya itu. Selain itu, Savita juga tidak pernah menjalankan pemeriksaan sepanjang mengandungkan bayi berkenaan.

Dia juga berkata, pemeriksaan secara berkala juga penting bagi ibu yang hamil bagi memastikan bayi yang dikandung benar-benar sihat.

Savita yang sudah sembuh sepenuhnya kini sudah dibenarkan pulang oleh doktor yang merawatnya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Daily Mirror

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan