Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bayi Ada 31 Jari Perlukan Dana Untuk Jalani Pembedahan

2:38pm 04/05/2016 Pak Roshan 944 views Global

baby

IBU bapa kepada seorang bayi dari Hunan, China memerlukan dana orang ramai bagi menampung pembedahan anaknya yang mempunyai 31 jari sejak dilahirkan tiga bulan lalu.

Bayi tersebut, Honghong dilahirkan mempunyai 15 jari tangan dan 16 jari kaki.

Menurut doktor pakar, Honghong dilahirkan dengan simptom polydactyly, masalah kesihatan dilahirkan dengan bilangan jari yang banyak daripada kebiasaan iaitu lima jari untuk kedua-dua kaki dan tangan.

Ibu Honghong yang turut mempunyai masalah lebihan jari kaki dan tangan berharap pembedahan itu dapat dilaksanakan agar anaknya menjalani kehidupan normal sama seperti kanak-kanak lain.

baby1

Walaupun pembedahan di usia sekecil itu tidak digalakkan namun ibu bapa Honghong giat mencari dana untuk menampung perbelanjaan pembedahannya.

Doktor bagaimanapun, hanya akan melakukan pembedahan ketika Honghong mencecah usia enam bulan ke setahun kerana pada ketika itu tulangnya masih lagi rapuh dan boleh dibentuk. – MYNEWSHUB.CC

baby2

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan