Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bayern hampir lengkapkan perpindahan Reina dari Liverpool

pepe riena

BERLIN: Juara Bundesliga Jerman, Bayern Munich hampir melengkapkan perpindahan penjaga gol, Pepe Reina dari kelab Inggeris, Liverpool.

“Pemain itu dijadualkan ke Munich dalam masa beberapa hari lagi untuk ujian perubatan dan menandatangani kontrak,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Karl-Heinz Rummenigge dalam laman web kelab itu.

Perjanjian sudah pun dicapai oleh kedua-dua kelab dan pemain, Liverpool dan Reina.

“Reina adalah pemain yang dikenali dan amat berpengalaman dan memenuhi segala kehendak pengurusan,” tambah Rummenigge.

Reina, 31 yang mempunyai 33 penampilan bersama skuad kebangsaan Sepanyol menyertai Liverpool dari Villareal pada 2005 sebelum terpaksa menghabiskan musim lalu bersama kelab Itali, Napoli secara pinjaman.

Pemain gol tinggi lampai itu adalah produk akademi Barcelona yang akan bergandingan bersama bekas pengurus Barca, Pep Guardiola di Bayern selain memberi persaingan kepada penjaga gol utama, Manuel Neuer.

Reina kehilangan tempat di Liverpool selepas pengurus, Brendan Rodgers mendapatkan Simon Mignolet tahun lalu. – Reuters

Komen


Berita Berkaitan