Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BAYARAN PASPORT ANTARABANGSA KINI RM200 BERKUATKUASA HARI INI

pm

KUALA LUMPUR, 15 Jan : Bayaran bagi permohonan pasport antarabangsa Malaysia bagi warga berumur 13 hingga 59 tahun untuk tempoh lima tahun diturunkan daripada RM300 kepada RM200 berkuatkuasa hari ini.

Menurut kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat Jabatan Imigresen, kadar bayaran bagi pemohon berumur 60 tahun ke atas dan 12 tahun ke bawah pula serta jemaah haji ialah RM100.

Permohonan Orang Kelainan Upaya (OKU) kekal percuma.  Serentak dengan itu semua permohonan pasport antarabangsa untuk tempoh dua tahun dengan bayaran RM100 adalah dimansuhkan. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan