Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bayar tambang mahal tapi gagal masuk Semporna

 

Polis Marine
Polis Marine

SEMPORNA: Seorang wanita warga Filipina yang dikatakan sanggup membayar mahal tambang pam bot untuk masuk ke negara ini secara haram, gagal apabila ditangkap di laut Tanjung Manimpa bersama juragan botnya pada petang Sabtu.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Sabah, ACP Mohamad Madun berkata, wanita berusia 24 tahun itu ditahan bersama juragan lelaki, 32, oleh sepasukan anggotanya yang sedang dalam penugasan Ops Paradise di kawasan itu pada jam 5.30 petang.

“Pasukan kita terserempak dengan sebuah pam bot mencurigakan lalu menjalankan pemeriksaan selepas memperkenalkan diri sebagai polis. Juragan dan penumpang wanita itu gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wanita berbangsa Tagalog berkenaan dikatakan membayar tambang RM300 kepada juragan tersebut untuk membawanya masuk ke negara ini daripada Sitangkai, Filipina dan menempuh perjalanan satu hingga dua jam untuk sampai.

Turut dirampas, katanya, pam bot serta enjin yang dianggarkan bernilai RM4, 400. Kes itu disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.-Oleh Alanna Adam/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan