Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bayar RM321,000 lawat angkasa lepas

angkasa

 

Beijing: Sekurang-kurangnya 300 peminat angkasa lepas China telah menempah tiket berharga AS$100,000 (RM321,849.96) semata-mata untuk menikmati perjalanan selama lima minit ke angkasa lepas, lapor media rasmi, semalam.

“Seramai 305 pembeli merebut tiket untuk perjalanan dengan firma Ekpedisi Angkasa Belanda Corp (SXC) ketika jualan di laman runcit dalam talian Taobao,” lapor China Daily.

Akhbar itu melaporkan penumpang akan menaiki pesawat yang boleh memuatkan dua penumpang dan akan berada di ruang angka lepas selama lima hingga enam minit. Ia memberi peluang kepada pelancong untuk menikmati pemandangan yang jarang dilihat dan pengalaman yang tak ternilai.

Tiket dijual pada harga AS$96,000 (RM308, 975.96). Empat ahli perniagaan dari barat daya Chendu dan dua dari Shanghai adalah antara individu yang mendaftar.
Jurucakap laman Taobao memberitahu AFP, tiket hanya boleh didapati pada 12 Jun dan rakaman gambar dilihat oleh AFP menunjukkan bukti jual beli telah dilakukan.

Setakat ini tiada tarikh perjalanan diberikan. Sekalipun penjualan tiket dilakukan secara tergesa-gesa angkasa sejak beberapa tahun kebelakangan, tiada syarikat swasta mampu melancarkan perjalanan tetap setakat ini.
Peserta yang bakal menyertai perjalanan itu perlu memiliki berat tidak melebihi 125 kilogram. Mereka juga dikehendaki menjalani latihan simulasi dan tanpa muatan sebelum memulakan penerbangan ke angkasa lepas.

China mempunyai program angkasa tentera yang dikendalikan sendiri beberapa dekad yang lalu dan berjaya menghantar angkasawan ke orbit dan mendarat di bulan. Setakat ini mereka tidak menyediakan penerbangan ke angkasa untuk tujuan komersial. – AFP

Komen


Berita Berkaitan