Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bayar RM18.2j atau hukum pancung

HAMAD
HAMAD

Riyadh: Seorang remaja berusia 16 tahun perlu membayar SR16 juta (RM18.2 juta) kepada keluarga seorang remaja yang dibunuhnya dalam satu pergaduhan dua tahun lalu untuk mengelak hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya.

Hakim di Hail, bandar di barat laut Saudi kelmarin memberikan tempoh dua bulan kepada keluarga Hamad Al Shammari untuk mengumpulkan diya atau wang darah untuk dibayar kepada keluarga mangsanya Khaled Hamad Khleef.

Akhbar Sabq melaporkan, kempen mengumpulkan wang itu dilancarkan ketua kabilah Hamad, Sheikh Dhari bin Mohammed dengan sumbangan SR500,000 (RM569,000).

Dia menggesa anggota kabilah berkenaan dan rakyat Saudi turut menyumbang untuk mengelakkan Hamad daripada dipancung.

“Saya merayu semua anggota kabilah yang baik hati supaya menderma untuk membayar wang darah dan menyelamatkan nyawa anak saya,” kata ibu defendan .

Menurut undang-undang syariah yang diamalkan di Arab Saudi, mereka yang didapati bersalah membunuh boleh dibebaskan dan mengelak daripada hukuman mati jika dimaafkan oleh keluarga mangsa selepas membayar diya.

Pihak berkuasa Arab Saudi menetapkan jumlah diya sebanyak SR300,000 (RM341,004) tetapi keluarga mangsa boleh menaikkan jumlah itu sesuka hati mereka. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan