Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bawa selori duit beli van

PEKERJA kedai kereta mengira wang yang diserahkan oleh Cai.
PEKERJA kedai kereta mengira wang yang diserahkan oleh Cai.

Zhanjiang (China): Seorang lelaki yang dikenali sebagai Cai mengejutkan penjual kereta di daerah di wilayah Guangdong ini apabila tiba dengan sebuah trak berisi wang tunai berjumlah 100,00 yuan (RM66,954).

Tujuannya ialah untuk membeli van yang berharga 90,000 yuan (RM60,260).

Pengurus jualan Gu Liyuan berkata: “Saya tidak pernah melihat begitu banyak wang kertas dalam hidup saya!”

Pekerja di kedai menjual kereta itu bertungkus lumus memindahkan lebih 12 kotak mengandungi wang kertas seberat 1,361 kilogram ke dalam kedai.

Di dalam kotak berkenaan berisi wang kertas yang dibungkus rapi dan diikat dengan tali, mengikut nilai mata wang, sebahagiannya not 1 yuan. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan