Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bawa mayat isteri ‘bersiar-siar’

ANGGOTA polis membuat siasatan di lokasi Lopez meninggalkan mayat isterinya di dalam sebuah troli.
ANGGOTA polis membuat siasatan di lokasi Lopez meninggalkan mayat isterinya di dalam sebuah troli.

New York: Seorang lelaki di bandar ini ditahan polis kelmarin selepas dia membawa mayat isterinya ‘bersiar-siar’ menggunakan sebuah troli.

Anthony Lopez, 31, pada mulanya dilihat menolak troli yang mengandungi mayat isterinya di sekitar kawasan Staten Island pada pagi Jumaat lalu.

Apabila dia dihampiri seorang anggota polis, Lopez meninggalkan troli itu di hadapan sebuah rumah dan terus melarikan diri.

Anggota polis yang memeriksa troli itu terkejut apabila melihat ada seorang wanita separuh bogel dan dibalut selimut.

Pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian kemudian mengesahkan wanita berkenaan sudah lama meninggal dunia. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan