Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bawa dua tangan abang naiki bas

Petikan rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki memasukkan beg mengandungi dua tangan manusia ke dalam meisn pengimbas di stesen bas di Duyun, wilayah Guizhou, China. – Foto SCMP

 

SEORANG lelaki 50 tahun membuat kejutan apabila mesin pengimbas di stesen bas di Duyun, wilayah Guizhou, China, menunjukkan beg dibawanya mengandungi dua tangan manusia, minggu lalu.

Menurut South China Morning Post (SCMP), penemuan itu menyebabkan pengawal keselamatan menyangka dia terbabit dalam pembunuhan lalu menahannya sebelum diserahkan kepada polis.

Lelaki itu kemudian menjelaskan tangan berkenaan milik abangnya yang dipotong tangan oleh pihak hospital selepas terkena renjatan elektrik.

Menjadi adat di kampungnya mayat dikebumikan lengkap semua anggota dan berikutan itu, abangnya menyuruh dia membawa pulang tangan berkenaan untuk diawet sebelum disimpan.

Polis kemudian membebaskan lelaki itu selepas mengesahkan ceritanya dengan hospital terbabit

Pelbagai permit diperlukan untuk membawa anggota tubuh manusia di China dan syarikat bas biasanya tidak membenarkan anggota tubuh manusia walaupun mempunyai permit demi keselamatan penumpang lain serta kebersihan.

Lelaki berkenaan terpaksa mencari cara lain untuk membawa pulang dua tangan abangnya itu. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan