Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Batu Sumpah akan dipindah ke perkarangan Muzium Warisan Keningau

NABAWAN: Batu Sumpah Pembentukan Malaysia yang terletak di perkarangan Pejabat Daerah Keningau akan dipindahkan dalam masa terdekat di perkarangan Muzium Warisan Keningau.

Ketua Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata, pemindahan Batu Sumpah tersebut akan dilakukan secepatnya mungkin sebelum hujung tahun ini.

“Pemindahan dalam proses sekarang, saya hanya menunggu kertas kerja untuk proses pemindahan, ini kerana proses pemindahan bukan dilakukan bergitu sahaja tetapi perlu mengikut adat-adat tertentu.

“Kertas kerja yang saya tunggu itu juga adalah untuk melihat rekaan, tempat letak batu sumpah dan keadaan kawasan batu sumpah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat Mukim Sepulut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sepulut, di sini pada Isnin.

Katanya lagi, pemindahan batu sumpah yang merupakan khazanah bersejarah itu bertujuan meletakkannya di kawasan yang tidak akan diganggu pada masa akan datang.

“Kita pindahkan ia dari depan pejabat daerah ke tempat yang tidak diganggu lagi, kerana tempat yang sekarang itu mungkin satu hari nanti ia dibangunkan sebagai satu tempat untuk kegunaan tertentu, jadi ada baiknya kita pindahkan ke tempat yang selamat selama-lamanya yang tidak akan diganggu,” jelasnya.

Pada majlis itu juga, beliau menyeruh kepada masyarakat pedalaman agar kekal bersemangat patriotik dan cintakan negara dengan menghayati dan menghargai keamanan serta pembangunan yang dikecapi pada masa ini hasil pembentukan negara Persekutuan Malaysia.

Turut hadir Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Arthur Joseph Kurup dan Pegawai Daerah Nabawan Fredian Gan. -OLEH RIZALMI LIMAN / NewSabahTimes

Komen


Berita Berkaitan