Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,739

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Batman v Superman ungguli carta box office

10:29am 06/04/2016 Pak Roshan 8 views Global

superman

Los Angeles: Filem ‘Batman v Superman: Dawn of Justice’ melonjak ke kedudukan teratas carta box office untuk minggu kedua berturut-turut walaupun jualan tiket tidak begitu memberangsangkan.

Filem terbitan Warner Brothers yang menampilkan dua ikon adiwira yang menentang antara satu sama lain itu meraih AS$51.3 juta (RM201.3 juta) pada minggu kedua tayangan, menurut anggaran pemantau industri, Exibitor Relations.

Filem itu meraih AS$166 juta (RM651.5 juta) pada tayangan hujung minggu pertama walaupun mendapat ulasan negatif.

Ia dibintangi oleh Ben Affleck sebagai Batman dan Henry Cavill yang memegang watak Superman.

Kedua-dua pelakon berkenaan juga akan muncul dalam filem `Justice League’ dan `Wonder Women.’

Sementara itu, filem animasi terbitan Disney ‘Zootopia’ berada di tempat kedua untuk minggu kedua dengan meraih AS$19.3 juta (RM75.7 juta). – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan