Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,718

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Batang cangkul dirodok sampai ke paru-paru

9:19am 21/05/2016 Pak Roshan 1415 views Global
Gambar X ray menunjukkan kedudukan bayang cangkul dalam tubuh Enno Parihah, 19. - Foro NasionalNews.com

Polis menghalang orang ramai daripada membelasah seorang suspek yang dibawa ke tempat kejadian semalam. – Foto

Tangerang: Polisi sudah menahan tiga lelaki yang disyaki memperkosa seorang gadis dan kemudian membunuh mangsa dengan memukulnya dengan cangkul sebelum merodok batang cangkul ke dalam kemaluannya seperti yang terbesar di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Hasil bedah siasat mendapati batang cangkul berkenaan masuk sehingga 60 sentimeter ke dalam tubuh mangsa hingga merosakkan hati dan paru-paru dan ketika diperlakukan demikian, mangsa masih hidup.

Mangsa dikenali sebagai Enno Parihah, 19, diperkosa di asrama pelajar perempuan di sini, di pada 17 Mei lalu.

Tiga yang ditahan itu dikenali sebagai Rakhmat Arifin, 24, Imam Hapriadi, 20, dan pelajar sekolah menengah berusia 15 tahun dikenali sebagai RA yang menjalin hubungan dengan mangsa.

Menurut polis, pada hari kejadian RA datang berjumpa Enno dan mereka bermesraan namun gadis itu enggan melakukan hubungan seks menyebabkan remaja lelaki itu keluar dan terserempak dengan Rakhmat yang baru keluar dari asrama lelaki sebelum disertai Imam.

RA mengenai mangsa sebagai Indah sedangkan nama sebenarnya ialah Enno menyebabkan mereka berdebat seketika sebelum memutuskan ke bilik mangsa untuk memastikannya.

Sampai di bilik, Imam menekap bantal pada muka mangsa yang sedang baring dan Rakhmat memegang kakinya sambil menyuruh RA mengambil pisau di dapur namun tidak menemuinya lalu keluar dan menemui cangkul di rumah seorang penduduk beredekatan.

Ketika RA keluar, Rakhmat memperkosa Enno dan apabila RA kembali bersama cangkul, mereka memukul mangsa dengannya sebelum merodok batang cangkul ke dalam kemaluan gadis itu. – Tempo/HMetro

xray

Gambar X ray menunjukkan kedudukan bayang cangkul dalam tubuh Enno Parihah, 19. – Foro NasionalNews.com

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan