Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bas TUT terbabas di UMS, 34 penumpang selamat

KOTA KINABALU: Seramai 34 orang pelajar yang menjadi penumpang sebuah bas TUT berada dalam keadaan selamat selepas terlibat dalam kemalangan di dalam Kampus Universiti Malaysia Sabah petang tadi.

Daripada jumlah itu, 23 pelajar telah dihantar di Pusat Rawatan Warga UMS, manakala 11 orang lagi menerima rawatan di Hospital Likas sebelum lima yang lain dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth untuk melihat sekiranya ada kecederaan dalaman melalui imbasan X-Ray.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, siasatan awal di tempat kejadian mendapati Bas Express yang dalam perjalanan menuruni bukit dari pejabat pertadbiran UMS telah hilang kawalan lalu terbabas di depan simpang masuk Pertadbiran UMS.

“Pemandu bas tersebut tidak disyaki mabuk, walaubagaimanapun sampel darah akan diambil untuk tujuan ujian alkohol dan dadah,”katanya.

Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berpunca daripada brek bas gagal berfungsi dan menyebabkan bas tersebut terbabas apabila menuruni bukit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah 

Keadaan bas yang terbabit dalam kejadian berkenaan.
Keadaan bas yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan