Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bas sekolah dan Wira bertembung, dua cedera

Pihak bomba menjalankan opersi mengeluarkan mangsa.
Pihak bomba menjalankan opersi mengeluarkan mangsa.

KOTA KINABALU: Dua mengalami kecederaan selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabit dalam kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan IPK Kepayan, awal pagi tadi.

Pihak bomba telah mendapat makluman mengenai kejadian berkenaan pada jam 5.47 pagi dan tiba di tempat kejadian sejauh 3 kilometer itu pada jam 5.51 pagi.

Mangsa mengalami kecederaan dalam kejadian yang melibatkan sebuah bas sekolah yang bertembung dengan sebuah kereta Proton Wira.

Dua orang mangsa terlibat iaitu seorang lelaki dan seorang wanita dewasa yang mengalami kecederaan di bawa ke hospital menggunakan Ambulans untuk mendapatkan rawatan.

Operasi yang diketuai oleh PBKII Jainal Ismail bersama tujuh anggota yang lain itu tamat pada jam 6.15 pagi. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan