Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bas pertama angkut jemaah haji

10:03am 21/06/2016 Pak Roshan 74 views Global
 GAMBAR fail menunjukkan bas yang didakwa pertama kali digunakan untuk mengangkut jemaah haji di Makkah.

GAMBAR fail menunjukkan bas yang didakwa pertama kali digunakan untuk mengangkut jemaah haji di Makkah.

Jeddah: Akhbar tempatan dan rangkaian media sosial Arab Saudi kelmarin menyiarkan gambar yang mereka dakwa bas pertama mengangkut jemaah haji ke Makkah hampir 86 tahun lalu.

Kaedah pengangkutan bermotor pertama itu dimulakan secara beransur-ansur dan menggantikan unta dan keldai yang digunakan penduduk Saudi serta umat Islam dari negara lain yang menunaikan haji di Makkah dan menziarah Masjid Nabawi di Madinah serta tempat bersejarah lain di Hijaz.

Sebelum kenderaan bermotor diperkenalkan, perjalanan menggunakan unta dari negara Arab seperti Syria dan Lubnan ke Makkah mengambil masa beberapa bulan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan