Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bas persiaran terbabas, seorang cedera

Bas persiaran yang terbabit dalam kejadian berkenaan.
Bas persiaran yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

PAPAR: Seorang warga emas mengalami kecederaan selepas kenderaan jenis bas persiaran yang dinaiki mangsa terbabit dalam satu kejadian kemalangan jalan raya di Jalan Lama Kinarut Kampung Ganak, di sini, kelmarin.

Mangsa Chan Veh Thin, 60, cedera selepas bas persiaran yang membawa seramai 13 orang penumpang itu terbabas sendiri dan masuk ke dalam parit dalam kejadian berkenaan.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 2.42 petang dan tiba di lokasi kejadian sejauh 16 kilometer itu pada jam 2.57 petang.

Menurut pihak bomba mangsa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan menggunakan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan.

Operasi yang diketuai oleh PB Henry bersama tujuh orang anggota itu tamat pada jam 3.11 petang.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan