Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,644

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bas mini tanpa pemandu

10:04am 03/09/2016 Pak Roshan 31 views Global
SEORANG lelaki berjalan bersebelahan bas mini tanpa pemandu di Dubai. - AFP

SEORANG lelaki berjalan bersebelahan bas mini tanpa pemandu di Dubai. – AFP

Dubai: Dubai memperkenalkan perkhidmatan bas tanpa pemandu pertamanya dengan melancarkan tempoh percubaan selama sebulan untuk kenderaan elektrik itu yang diharapkan dapat diperluaskan ke seluruh bandar raya itu.

Kenderaan dengan 10 tempat duduk itu melakukan perjalanan pertamanya pada Khamis lalu merentasi laluan sepanjang 700 meter di pusat bandar Dubai berhampiran menara tertinggi dunia, Burj Khalifa.

Dibangunkan bersama kumpulan Perancis, Easy Mile dan syarikat berpangkalan di Dubai, Omnix, bas mini itu dikuasai motor elektrik dan boleh bergerak dengan kelajuan sehingga 40 kilometer sejam.

Ia dikatakan boleh menyesuaikan kelajuan bergantung kepada keadaan sekitar dan akan berhenti jika ada pejalan kaki melintas di depannya.

Kenderaan itu juga mampu diprogramkan untuk bergerak sekitar kawasan tarikan pelancongan utama Dubai termasuk Burj Khalifa, Dubai Mall, Dubai Opera dan pusat beli-belah Souk al-Bahar, kata Pihak Berkuasa Pengangkutan Jalan dalam satu kenyataan. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan