Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,640

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bas mini dan motorsikal bertembung, seorang maut

12:35pm 27/06/2016 Leolerry Lajius 2356 views Tempatan
Keadaan motorsikal yang dipandu mangsa dalam kejadian berkenaan.

Keadaan motorsikal yang dipandu mangsa dalam kejadian berkenaan.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut dalam satu kejadian kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah motorsikal jenis Yamaha dan sebuah bas mini jenis Nisaan Urban yang berlaku berdekatan dengan U Turn Iramanis Jalan Lintas, semalam.

Mangsa Yusri bin Ag Yusof, 32, yang bekerja sebagai pemandu bas pelancong maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala selepas motorsikal yang ditunggang mangsa bertembung dengan bas mini  berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP. M.Chandra, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa yang dalam perjalanan  dari arah Lintas menuju ke Inanam, dan apabila tiba di lokasi kejadian tiba-tiba bas mini  dari arah Bukit Padang  membuat  Pusingan U Turn untuk balik ke arah Tebobon lalu  bertembung dengan motorsikal yang dipandu mangsa.

“Mangsa mengalami kecederaan parah dalam kejadian berkenaan dan meninggal di tempat kejadian manakala pemandu bas mini tidak mengalami sebarang kecederaan,”katanya.

Tambah beliau hasil siasatan mendapati punca kemalangan ini adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu bas mini kerana keluar pusingan  U Turn dengan tidak memberi peluang kepada kenderaan lain di jalan utama hingga menyebabkan kemalangan maut.

Kes disiasat di bawah 41 (1) Akta Pengankutan Jalan 1987.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan