Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bas membawa pelancong terbabas, 5 cedera

Keadaan bas yang terbabit dalam kejadian berkenaan.
Keadaan bas yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

KOTA KINABALU: Seorang cedera kerana tersepit dan empat yang lain cedera ringan kerana terbabit dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan Bas Persiaran milik Kinabalu Heritage Tour and Car Rental Sdn. Bhd. di Jalan Papar Lama Kampung Gahana, petang tadi.

Bas yang membawa 11 orang penumpang iaitu seorang pemandu bas, sembilan orang pelancong China dan seorang pemandu pelancong terbabas dengan sendiri menyebabkan lima orang cedera termasuk pemandu bas berkenaan.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian berkenaan pada jam 2.26 petang dan tiba di lokasi kejadian sejauh 12 kilometer itu pada jam 2.39 petang.

Mangsa telah dihantar ke hospital menggunakan ambulan untuk menerima rawatan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan