Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,686

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bas membawa pelajar UMS terbabas

9:54pm 09/09/2016 Leolerry Lajius 11391 views Kota Belud,Tempatan

KOTA KINABALU: Sebuah bas yang mambawa seramai 12 orang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan seorang pemandu terbabit dalam satu kejadian kemalangan jalan raya di Jalan Tenghilan, petang tadi.

Menurut makluman pihak bomba kesemua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan ringan selepas bas berkenaan terbabas ke lereng bukit di lokasi kejadian.

Mangsa termasuk pemandu telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan Anggota Bomba di lokasi kejadian dan seterusnya dihantar ke hospital berhampiran menggunakan Jentera EMRS, Ambulan dan kenderaan awam untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 7.26 petang dan tiba di lokasi kejadian sejauh 13 kilometer itu pada jam 7.40 petang.

Operasi yang melibatkan seramai sembilan orang anggota itu tamat pada jam 8.00 petang. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Keadaan bas yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Keadaan bas yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan