Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bas guna tenaga najis

SEBUAH daripada bas yang akan memulakan perkhidmatan menggunakan gas biomethane.
SEBUAH daripada bas yang akan memulakan perkhidmatan menggunakan gas biomethane.

London: Bas pertama yang menggunakan tenaga najis manusia dan sisa buangan isi rumah akan memulakan perkhidmatannya hujung bulan ini.

Bagaimanapun, ia dijamin tidak akan berbau busuk atau kotor.

Dengan menggunakan kuasa gas biomethane, bas itu yang dikenali ‘Bio-Bus’ akan menggunakan sisa buangan daripada 32,000 rumah di sepanjang laluannya sejauh 24 kilometer.

Dikendalikan oleh syarikat bas First West of England, bas itu akan mengisi bahan tenaganya di Avonmouth, Bristol, tempat najis dan sisa makanan ditukar menjadi gas biomethane.

Bas yang boleh membawa 40 penumpang itu mula diperkenalkan di Bristol untuk khidmat cubaan tahun lalu.

Menurut syarikat berkenaan, bas itu bagaimanapun akan digunakan selama empat hari seminggu bermula 25 Mac.

Jika berjaya, syarikat berkenaan akan menimbang untuk memperkenalkan lebih banyak bas seumpamanya.

Pengarah Urusan First West of England James Freeman berkata: “Sejak diperkenalkan tahun lalu, Bio Bus mendapat tumpuan dunia. Kami akan memastikan ia beroperasi dengan baik.”

Menurutnya, kejayaan penggunaan bas itu akan membantu memulakan perbahasan mengenai cara penggunaan bahan tenaga bagi kenderaan dalam usaha untuk meningkatkan mutu alam sekitar. – AFP

Komen


Berita Berkaitan