Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bas Ekspres Terjunam Ke Dalam Gaung Di Jalan Kiau-Ranau

7:50pm 01/12/2015 Pak Roshan 1399 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

bas

KOTA KINABALU : Sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu terjunam ke dalam gaung di Jalan Kiau-Ranau petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata nasib kesemua 25 penumpang, dua pemandu dan seorang konduktor bas berkenaan belum diketahui.

Mohd Affendy berkata pihaknya akan memberi perkembangan terkini mengenai kejadian itu dari semasa ke semasa.

Mohd Affendy berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 3.47 petang tadi dan tiba di lokasi 4.45 petang.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan