Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bas Ekspres Terbakar, 39 Penumpang Dan Dua Pemandu Nyaris Maut

bas terbakar

KUANTAN, 23 Julai (Bernama) — Seramai 39 penumpang dan dua pemandu nyaris maut selepas sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kota Baharu, Kelantan rentung dalam kebakaran tengah hari Rabu.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari di Km32, Jalan Lipis-Merapoh dekat Kuala Lipis.

“Sebaik menyedari bahagian enjin bas berasap dan terbakar pemandu bas terbabit sempat memberhentikan kenderaan di tepi jalan sebelum segera mengarahkan kesemua penumpang agar turun daripada kenderaan berkenaan.

“Hasil tindakan pantas itu kesemua 39 penumpang dan dua pemandu bas dua tingkat terbabit sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kebakaran itu berpunca daripada kerosakan pada bahagian enjin bas, bagaimanapun siasatan terperinci sedang dilakukan.

Komen


Berita Berkaitan