Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,152

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bas Ekspres Boleh Asingkan Penumpang Ikut Jantina: SPAD

5:29pm 30/12/2016 Pak Roshan 217 views Isu Semasa,Mutakhir

bas

KUALA LUMPUR: Operator bas ekpres dibenarkan untuk memperkenalkan peraturan seperti pengasingan tempat duduk mengikut jantina jika terdapat keperluan untuk melakukannya, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.

Menjawab soalan mengenai polisi yang ditetapkan syarikat TransMalaya Ekspres itu, beliau berkata SPAD tidak mahu campur tangan dalam urusan seperti itu.

“Kami tidak meletakkan spesifikasi tertentu kepada operator kami tentang cara mereka menguruskan tempat duduk dan bagaimana mereka perlu jalankan perniagaan mereka. Kami tidak mahu terlebih urus perkara yang luar bidang kawalan,” kata Syed Hamid.

Tambahnya lagi jika syarikat itu merasakan peraturan itu perlu untuk menangani masalah sedia ada, maka mereka sepatutnya dibenarkan untuk menetapkan keputusan tersebut.

Syed Hamid turut menjelaskan bahawa SPAD tidak perlu untuk bertindak melainkan melibatkan isu-isu seperti kualiti perkhidmatan atau tambang yang dikenakan.

“Biarlah syarikat-syarikat bas ekspres dan operator kereta api ini melakukan apa yang mereka rasakan terbaik,” tambanh Syed Hamid lagi.

Rabu lalu, Noorlini Ramli, pengusaha dan pemilik KRZ Management Sdn Bhd yang menguruskan TransMalaya Ekspres berkata bahawa keputusan itu demi keselesaan penumpang perempuan dan juga dibuat selepas terdapat aduan mengenai gangguan seksual terhadap kumpulan tersebut.

Polisi tersebut turut mewajibkan pasangan Muslim untuk menunjukkan sijil pernikahan sebagai bukti untuk dibolehkan mereka duduk bersama, dan dikenakan terhadap semua penumpang tanpa mengira agama.

Kata Noorlini, inisiatif tersebut diambil berdasarkan pengalaman negatifnya sendiri menaiki bas seorang diri tanpa teman dan menjadi saksi pasangan kekasih melakukan perbuatan yang tidak sopan di dalam bas.

Tambahnya lagi, keputusan itu diterima baik oleh penumpang daripada semua bangsa dan agama. – mynewshub

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan