Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BARANGAN KOSMETIK DAN UBAT DITEMUI DI TEPI PANTAI DI TAWAU

Gambar Arkib SayangSabah
Gambar Arkib SayangSabah

TAWAU, 15 Jan : Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menemui pelbagai barangan kosmetik dan ubat-ubatan bernilai RM9,572 di pesisir pantai Batu Batu, Sabindo di sini semalam.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Mohamad Madun berkata pihaknya ketika itu mengadakan ‘Op Paradise’.

“Anggota peronda PPM mendapati terdapat longgokan bungkusan plastik di celah-celah batu dan apabila diperiksa, bungkusan itu mengandungi pelbagai barang kosmetik serta ubat-ubatan,” katanya.

Antara barangan tersebut ialah 19 kotak ubat sakit kepala dan 120 botol ubat penguat tenaga ‘Super Top Extra Power’.

Mohamad berkata barangan itu dipercayai diseludup dari negara jiran.– BERNAMA

 

Komen


Berita Berkaitan