Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BARANGAN KEPERLUAN UNTUK TAHUN BAHARU CINA MENCUKUPI DI LABUAN

tbc

LABUAN, 19 Jan  : Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Labuan memberi jaminan bahawa bekalan barangan keperluan untuk sambutan Tahun Baharu Cina yang bermula pada 19 Feb ini, mencukupi.

Pemangku Pengarahnya, Aslani Dabi berkata kementerian bekerjasama dengan pengeluar, pengedar, pengimport, pemborong serta peruncit bagi memastikan bekalan mencukupi dan mereka tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya.

“Dalam mesyuarat pada 12 Jan, mereka jamin bahawa bekalan barangan keperluan akan mencukupi.

“Pengalaman lalu telah banyak mengajar kita. Kita tidak akan membiarkan barangan disorok atau harganya dimanipulasi, ini akan menyebabkan harga barangan tidak stabil,” katanya kepada Bernama hari ini.

Aslani berkata pengguna tidak perlu bimbang mengenai kekurangan barangan keperluan memandangkan bekalan telah mencapai lebih 100 peratus seperti yang diperlukan untuk sambutan perayaan itu.

Sementara itu, mengenai ‘Ops Catut’ bagi memantau harga barangan dan perkhidmatan menjelang pelaksanaan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan April ini, Aslani berkata kementerian sudah menjalankan operasi itu sejak minggu lepas bagi memantau 1,000 pengeluar dan pengedar barangan.– BERNAMA

 

Komen


Berita Berkaitan