Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Barangan keperluan sepanjang Ramadan, Aidilfitri mencukupi

keperluanraya

BERA 3 Julai – Bekalan barangan keperluan termasuk daging di sepanjang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri adalah mencukupi, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, setakat ini 18,000 ekor lembu hidup kini berada dalam simpanan dan 20,000 ekor lagi akan tiba dari India dan Australia dalam beberapa hari lagi.

“Kita memerlukan sekurang-kurangnya 20,000 ekor lembu dan kerbau untuk sebulan pada hari hari biasa dan 30,000 ekor atau lebih pada bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan anggota Parlimen sempena Ramadan kepada 35 buah masjid sekitar Parlimen Bera di sini hari ini.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemayan, Datuk Mohd. Fadzil Othman dan Adun Guai, Datuk Norol Azali Sulaiman.

Ismail Sabri berkata, pihak kementerian akan terus menyediakan barangan keperluan yang secukunya bagi menampung keperluan 28 juta rakyat negara ini terutamanya ketika sambutan perayaan. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan