Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Barang kes judi bernilai RM2.7 juta dilupus

3:37pm 26/09/2016 Pak Roshan 376 views Mutakhir,Tawau,Tempatan
mesin judi

gambar hiasan

TAWAU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau hari ini melupuskan barang kes hasil rampasan daripada kegiatan perjudian membabitkan 1,224 unit mesin slot dan internet serta komputer dianggar bernilai RM2.7 juta.

Semua barang kes hasil rampasan sejak tahun 1999 hingga 2014 itu dilupuskan selepas mendapat perintah mahkamah.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata proses pelupusan dilakukan selepas 90 kes membabitkan Akta Rumah Judi Terbuka 1953 diselesaikan sepanjang tempoh itu.

“Pelupusan membabitkan barang rampasan dan kesalahan menjalankan aktiviti perjudian tanpa lesen.

“Kita akan meningkatkan operasi secara lebih agresif untuk membendung kegiatan ini,” katanya kepada media di pekarangan IPD Tawau, hari ini.

Fadil berkata, pihaknya pernah menjalankan proses pelupusan mesin judi manakala hari ini adalah yang pertama dilaksanakan IPD Tawau bagi tahun 2016.

“Polis Tawau akan memantau aktiviti perjudian dan melancarkan operasi agresif, selain berharap orang ramai terus menyalurkan maklumat bagi membanteras kegiatan itu,” katanya. – BH Online

fadil

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan