Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Barang Kemas Dirampas SPRM Di Sabah Bernilai RM3.64 Juta

6:50pm 07/10/2016 Pak Roshan 512 views Jenayah,Mutakhir

barang-kemas

KOTA KINABALU – Barang kemas dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan di Sabah bernilai RM3.64 juta.

Menurut sumber rapat dengan pasukan pegawai penyiasat dalam kes penyalahgunaan kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah, SPRM telah mendapatkan khidmat seorang pakar penilai barang kemas dari Bank Rakyat.

“Berat barang kemas bagi suspek berjawatan pengarah adalah 14.5kg yang bernilai RM2.74 juta manakala nilai barang kemas seberat 4.8kg bagi suspek berjawatan timbalan pengarah dianggarkan dalam RM900,000,” kata sumber itu ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut sumber itu lagi, proses menilai barang kemas itu bermula kira-kira 10.30 pagi ini dan selesai kira-kira 12.15 tengah hari.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan maklumat tersebut.

Sehingga kini, nilai rampasan melebihi RM114.5 juta diperoleh daripada suspek dan keluarga mereka, dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan penipuan itu.

Dalam sidang akhbar pada Rabu lepas (5 Okt), Azam mendedahkan rampasan wang tunai dan sejumlah barang kemas serta sembilan kereta mewah.

Pengarah dan timbalan pengarah itu ditahan reman bersama dua lagi individu awam sehingga 11 Okt ini bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan