Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bapa Tinggal Bayi Dalam Kereta, Berseronok Tengok Tarian Bogel

9:44am 06/04/2016 Pak Roshan 726 views Global
gambar hiasan

gambar hiasan

LOS ANGELES – Seorang lelaki berdepan hukuman penjara sehingga enam tahun apabila meninggalkan bayi perempuannya berusia sembilan bulan bersendirian di tempat letak kereta ketika beliau pergi ke sebuah kelab tarian bogel.

Pendakwa raya daerah Los Angeles, Jackie Lacey dalam kenyataan pada Selasa berkata, Auwin Dargin, 24, didakwa atas dakwaan penderaan terhadap kanak-kanak dalam kejadian pada Mac lalu.

Pihak berkuasa berkata, pekerja kelab tarian bogel itu dan peniaga berdekatan menyelamatkan bayi itu selepas mendengar tangisan dan kemudiannya memanggil polis.

Sehubungan itu, pekerja kelab tarian bogel berkenaan berkata, mereka curiga selepas mendapati Dargin meninggalkan kelab itu setiap 1 5 minit dalam kejadian pada petang 9 Mac lalu dan masuk semula.

Sementara itu, laporan akhbar tempatan menyiarkan bapa bayi berkenaan sedang menonton persembahan tarian bogel apabila pengurus kelab memberitahu bahawa bayinya sudah

Pihak berkuasa berkata, bayi itu kelihatan keliru dan dibawa ke hospital berdekatan serta mengalami sedikit kepenatan. Dargin pula mengaku tidak bersalah dalam kes terbabit. – AFP/BH ONLINE

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan