Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bapa tak boleh harap

bapa tak boleh harap

Texas: Seorang lelaki didakwa mencekik mati dua anaknya yang masih kecil selepas menghantar gambar seorang daripadanya digantung dari leher kepada ibu mereka.

Gabriel Armandariz, 32, membunuh dua anak lelakinya itu berusia lapan bulan dan dua tahun sebelum menyorokkan mayat mereka di dalam rumah.

Polis menemui mayat mangsa 10 jam kemudian selepas wanita terbabit membuat laporan.

Hanya beberapa jam sebelum itu, dia menghantar gambar bayi berkenaan tergantung dari siling menggunakan tali yang diikat di leher kepada ibu mangsa yang juga bekas kekasihnya.

Dia turut menghantar gambarnya bersama dua mangsa itu dengan keterangan “Kami sayangkan kamu, selamat tinggal.”

Armandariz dikatakan marah kerana bekas kekasihnya itu suka berhibur dengan rakannya termasuk kerap menghadiri parti.

Dalam pesanan ringkas kepada mangsa, dia berkata: “Saya cuba memberikan peluang kepada kamu supaya dapat melihat anak-anak kami. Sebaliknya kamu seperti biasa lebih berminat melepak dengan kawan-kawan.” – Agensi

Komen


Berita Berkaitan