Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bapa rentung, anak cedera

LELAKI rentung manakala anaknya melecur di kaki selepas pondok didiami mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Seladan, Bongawan, Papar, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Awang Ismail Pangeran Sarifudin, 80, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala anaknya, Awang Mumin, 56, kini dirawat di Hospital Papar.

Difahamkan, dua beranak itu tinggal di pondok berkenaan yang terletak kira-kira 500 meter dari jalan utama di kampung terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dunstan Peter berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk pada 8.29 malam.

“Satu jentera dengan kekuatan tujuh anggota BBP Papar dikejar ke lokasi kejadian namun sebaik tiba, pondok berkenaan sudah musnah.

“Pemeriksaan menemui satu mayat rentung dan seorang mangsa, dipercayai anak si mati. melecur di kaki,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Dunstan berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – myMetro Online

 

Mayat lelaki 80 tahun yang ditemui rentung dalam kebakaran sebuah pondok di Kampung Seladan, Papar.

Komen


Berita Berkaitan