Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bapa Mengaku Tidak Bersalah atas Tuduhan Cubaan Rogol Anak

3:25pm 18/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 449 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU – Seorang lelaki tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen ,disini, pagi tadi atas tuduhan cubaan merogol anak perempuannya.

Mengikut pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad, tertuduh, 46 melakukan kesalahan cubaan merogol  anak perempuannya yang berusia 9 tahun pada bulan Julai yang lalu, jam 11 malam di rumah tidak bernombor, Kg Rantai Rosok, Kota Belud.

Tertuduh didakwa dibawah Seksyen 376 (3) /511 Kanun Keseksaan atas cubaan merogol yang memperuntukkan hukuman penjara dari 10 tahun hingga 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Dinesh Raja manakala tertuduh tidak diwakili.

Bagaimanapun, tertuduh merayu kepada mahkamah agar membenarkannya diikat jamin namun permintaannya dibantah.

Mahkamah juga menunggu laporan perubatan mangsa dan menetapkan 28 Disember, tahun ini untuk pengurusan kes. Oleh Elezebeth Esther/ Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan