Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,759

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bapa maut, anak parah

11:50pm 21/07/2016 Pak Roshan 8456 views Mutakhir,Tawau,Tempatan
KEADAAN mangsa yang tersepit apabila kenderaan dipandunya bertembung dengan lori kontena di Batu 22, Jalan Apas, petang tadi.

KEADAAN mangsa yang tersepit apabila kenderaan dipandunya bertembung dengan lori kontena di Batu 22, Jalan Apas, petang tadi.

Tawau: Bapa maut, anak parah selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan treler di Batu 22 Jalan Apas, Balung, dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa Asmuni Sait, 45, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala anaknya, Mohd Huzaini Hamzi, 16, mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Besar Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata,siasatan mendapati kenderaan Proton Saga yang dinaiki kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Bandar Tawau menuju ke Semporna.

“Ketika kejadian, kenderaan mangsa hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan sebelum masuk ke lorong bertentangan.

“Dalam masa yang sama, sebuah treler 10 tan yang datang dari Semporna ke bandar Tawau merempuh kereta mangsa sehingga menyebabkan kenderaan terpusing dan rosak dibahagian badan kanan,” katanya ketika dihubungi.

Fadil berkata, pemandu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan anaknya sedang menerima rawatan di hospital.

“Kes masih dalam siasatan pihak polis mengikut Seksyen 41(1) Akta pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – myMetro Online

13724123_1062875670434317_5727987477696146078_o 13767196_1062875647100986_4626318925341120182_o 13781982_1062875623767655_4123957012549607224_n

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan