Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,697

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bapa lelong anak

9:27am 31/10/2016 Pak Roshan 658 views Global
IKLAN melelong bayi di laman eBay yang dimuat naik lelaki itu. - Agensi

IKLAN melelong bayi di laman eBay yang dimuat naik lelaki itu. – Agensi

Duisburg, Jerman: Seorang lelaki ditahan dan disiasat polis selepas dia cuba melelong bayinya yang berusia 40 hari di Internet dengan harga 5,000 euro (RM23,080).

Lelaki berusia 28 tahun itu yang juga seorang pendatang ditahan selepas mengiklankan penjualan anak perempuannya di laman web eBay baru-baru ini.

Dia membuat iklan untuk melelong anaknya dengan harga permulaan 5,000 euro dengan keterangan: “Anak berusia 40 hari bernama Maria untuk dijual.”

Iklan itu lengkap dengan lima gambar Maria yang memakai beberapa baju tidur.

Selepas 30 minit, iklan itu dikeluarkan dari eBay dan lelaki berkenaan terus menyerah diri kepada polis. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan