Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bapa empat anak sambut Syawal di penjara

raya di penjara

KOTA KINABALU: Seorang bapa kepada empat anak akan menyambut Hari Raya Aidilfitri di penjara seletalh didapati bersalah merompak tiga wanita di sebuah pusat peranginan di Kinarut dekat sini.

Hakim Mahkamah Seysen  Dean Wayne Daly menjatuhkan  tersebut kepada Mohd Nazib Mohd Wata, 29, di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun, denda dan sebatan.

Tertuduh didapati bersalah melakukan kesalahan tersebut pada 16 Mac, 2014 kerana merompak kamera digital Sony dan telefon tangan jenama Samsung.

Ketika membuat rayuan, Peguam Sharzali Ali mengatakan bahawa tertuduh tidak bekerja dan tidak berkemampuan untuk menyara keluarganya dan bergantung sepenuhnya kepada bapanya yang berusia 70 tahun untuk perbelanjaan harian menampung keluarganya.

Sharzali berkata hukuman yang berat ke atas tertuduh akan menyebabkan keluarganya kehilangan tempat bergantung.

 

Tertuduh ketika ini sedang menjalani hukuman atas kesalahan jenayah lain.

Pihak pendakwaraya bagaimanapun memohon mahkamah untuk menjatuhkan hukuman yang berat ke atas tertuduh sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Komen


Berita Berkaitan