Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bapa dan anak maut dalam kemalangan

bapa dan anak maut

TAWAU – Seorang bapa dan anak perempuannya yang berusia lima tahun maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan lain di kilometer 21 Jalan Merotai-Bombalai dekat sini semalam.

Dua lagi anak perempuannya yang turut sama dalam kenderaan terbabit, masing-masing berusia tujuh dan sembilan tahun cedera parah dalam kejadian 6.30 petang itu.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata mangsa yang dikenali sebagai Muhd Aras Arfah, 37, dan anaknya Nurul Zahirah Izzawati meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

“Kedua-dua anak mangsa yang cedera parah dirawat di Hospital Besar Tawau,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Awang Besar berkata siasatan awal mendapati kereta yang dipandu Muhd Aras dalam perjalanan dari Merotai menuju ke pusat bandar Tawau.

“Apabila sampai di tempat kejadian Muhd Aras dipercayai telah memotong dua buah kenderaan tetapi tidak sempat masuk ke laluannya semula dan bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Toyota Vigo yang datang dari arah bertentangan,” katanya.

Bagaimanapun, pemandu kereta Toyota Vigo itu, Ramlah Abd Rahim, 33, dan tiga lagi penumpang dalam kenderaan tersebut hanya cedera ringan.

Komen


Berita Berkaitan