Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bapa ‘buang’ tiga anak dalam sungai

SEORANG lelaki di negeri Andhra Pradesh di selatan India didakwa membunuh tiga anak lelakinya yang masih kecil dengan membuang mereka ke dalam sungai selepas bergaduh dengan isterinya, kata polis pada Isnin.

Mayat mereka yang berusia enam dan tiga tahun serta tiga bulan dibawa keluar dari sungai berkenaan di daerah Chittoor, terletak 485 kilometer di selatan Amaravati, bandar utama di Andhra Pradesh, lapor agensi berita China Xinhua.

“Pagi (Isnin) ini, mayat ketiga-tiga kanak-kanak itu ditemui oleh penduduk tempatan dalam keadaan terapung di sungai Neeva berhampiran sebuah jambatan di mandal Gangadara Nellore sebelum mereka memaklumkan kami,” kata seorang pegawai polis yang bertugas di Chittoor.

“Kami dimaklumkan bahawa bapa mereka sendiri yang membunuh ketiga-tiga kanak-kanak itu dengan membuang mereka ke dalam sungai selepas bertengkar dengan isterinya.”

Anggota polis berkata, mereka sudah memberkas lelaki itu dan sedang menyiasat kes terbabit.

Laporan media menyebut pasangan itu bergaduh sebelum si isteri pulang ke rumah ibu bapanya bersama anak-anak mereka.

“Kami juga dimaklumkan bahawa malam semalam si suami pergi untuk membawa pulang isteri dan anak-anaknya.

“Bagaimanapun, dalam perjalanan pulang, pasangan itu bertengkar dan bergaduh semula dan ketika berada dalam keadaan berang, lelaki itu bertindak menolak anak-anak lelakinya ke dalam sungai,” kata pegawai polis itu. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan