Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bapa, anak rentung dalam kereta

10:07am 11/06/2016 Pak Roshan 908 views Mutakhir,Tempatan,WP. Labuan
bomba

Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa. – Foto Ihsan Bomba

Labuan: Seorang lelaki dan anak tirinya berusia lima tahun rentung selepas kereta dinaiki mereka tiba-tiba terbakar dan meletup berhampiran sebuah tadika di Jalan Tanjung Bendera di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, pemandu Proton Gen 2 berkenaan, Yunus Japar, 39, dan anak tirinya, Mohammad Darwisy Haiman, 5, ditemui rentung oleh anggota bomba.

Ketua Polis Daerah Labuan Superintendan Adzhar Othman berkata, berkata mereka dalam perjalanan dari Jalan Tanjung Bendera menuju persimpangan Tadika Chi Hwa apabila kereta tiba-tiba terbakar dan meletup.

“Saksi berkata kereta itu meletup dua kali dan mangsa cuba keluar dari kereta itu serta cuba diselamatkan orang ramai namun gagal,” katanya.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Labuan untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – myMetro Online

bomba2 bomba3

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan