Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Banyaknya tikus…

Petugas pelabuhan tidak menyangka kota styrofoam putih itu mengandungi tikus. – Foto Liputan6

 

POLIS dan Jabatan Pengangkutan Indonesia menemui kira-kira 1,200 tikus beku di dalam 14 kotak styrofoam putih yang dibawa di dalam kereta oleh penumpang kapal di Pelabuhan Gorontalo.

Liputan6 melaporkan, penemuan itu dibuat ketika petugas pelabuhan memeriksa kenderaan yang turun dari kapal kira-kira 6 petang, Khamis lalu, yang pada mulanya disangka berisi ikan.

Tikus berkenaan dirampas selepas pemilik kenderaan dikenali sebagai Roni gagal menunjukkan dokumen rasmi mengenai barangan dibawa sebaliknya memaklumkan bangkai beku dari Luwuk Banggai, Sulawesi Tengah itu untuk dihantar kepada peniaga pasar di Tomohon, Sulawesi Utara.

Susulan itu, ketua polis Kota Gorontalo, Imbran Panigoro berkata, pihaknya akan memastikan tikus beku itu bukan untuk dijual kepada penduduk bandar itu.

“Kami sudah menyerahkan perkara ini ke Pusat Kuarantin Haiwan untuk menentukan sama ada ia sah atau tidak,” katanya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan