Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Banyak Ruang Disediakan Kerajaan Untuk Dengar Aduan Rakyat – Jainab

Jainab

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah bersedia menerima sebarang pertanyaan dan mendengar aduan rakyat mengenai sesuatu kemusykilan berkaitan hal kebajikan masyarakat, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Pengguna Negeri Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Katanya kerajaan sentiasa prihatin dengan kebajikan rakyat dan banyak ruang disediakan untuk rakyat mendapat maklumat.

“Rakyat mesti menggunakan peluang yang disediakan untuk bertanya apa sahaja daripada membudayakan penyebaran mesej bukan-bukan yang mengandungi banyak maklumat yang tidak betul,” katanya pada pelancaran program ‘Sunday Family Ride’ di sini hari ini.

Program berbasikal itu, yang diadakan pada Ahad minggu pertama setiap bulan, dilancarkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak bertujuan mengeratkan hubungan keluarga dengan bersenam bersama-sama.

Pelbagai jabatan dan agensi kerajaan turut serta dalam program yang diadakan di Teluk Likas dekat sini dari 5 pagi hingga 9 pagi.

Ia antara lain bagi memudahkan rakyat mendapat maklumat lanjut mengenai pelbagai usaha dan bantuan kebajikan yang disediakan kerajaan.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan