Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Banyak negara luar mahu contohi Tabung Haji urus jemaah

tabunghaji

MEKAH: Pengalaman 50 tahun Lembaga Tabung Haji (TH) dalam pengurusan haji dan umrah kini menarik minat banyak negara luar untuk mencontohi modul TH dalam menguruskan dana dan latihan kepada jemaah mereka.

Pengerusi TaHa Alam Sdn. Bhd., Tan Sri Hashim Meon berkata, 12 negara menyatakan minat mereka untuk menggunakan modul TH, antaranya Maldives, Senegal, Nigeria Filipina, Australia, Kazakhtan dan Tatarstan.

TaHa Alam ialah syarikat usaha sama milik Perbadanan Islam bagi Pembangunan Sektor Swasta (ICD), cabang sektor swasta Bank Pembangunan Islam (IDB) dan Theta Edge Berhad, anak syarikat TH, yang ditubuhkan pada 2011 bagi menawarkan khidmat nasihat dan perundingan kepada negara yang berminat menggerakkan skim simpanan haji dan mengurus syarikat pengurusan haji mereka.

“Mengorak langkah selama 50 tahun dalam pengurusan ibadah umrah dan haji, Lembaga Tabung Haji (TH) sering mendapat maklum balas positif daripada negara luar untuk mengguna pakai modul dan sistem kendalian TH dalam menguruskan ibadah umrah dan haji.

“Setakat ini, sebanyak 12 negara telah menyatakan hasrat mencontohi modul tersebut dan TaHa Alam kini dalam peringkat perbincangan serius,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, untuk jangka pendek, pihaknya akan menawarkan perkhidmatan rundingan, latihan, pengurusan dana serta logistik jemaah haji. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan