Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bantuan RM500 untuk pekebun yang berdaftar di bawah RISDA

risda

KENINGAU: Bantuan RM500 kepada pekebun kecil getah hanya bagi pekebun yang berdaftar dibawah RISDA sahaja.

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jawami Jaafar (gambar) berkata, hanya mereka yang berdaftar dibawah RISDA sahaja yang layak menerima bantuan itu kerana ia diambil dari Tabung Pekebun Kecil RISDA.

Katanya, ia bertujuan meringankan beban pekebun kecil RISDA akibat kejatuhan harga getah yang menjunam di pasaran pada masa ini.

“Inilah penjelasan kita agar pekebun kecil khususnya di Sabah yang tidak berdaftar dibawah tidak tertanya-tanya” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Beliau berkata, inilah inisiatif RISDA bagi membantu pekebun kecil dibawahnya yang terbeban akibat kejatuhan harga getah.

Sehubungan dengan itu, Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom berharap agar Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) berbuat demikian kepada pekebun-pekebun kecil getah dibawahnya.

Katanya, langkah itu penting kerana pekebun-pekebun kecil getah di negeri ini kuhusnya di kawasan Pedalaman yang bergantung dengan hasil getah turut terbeban dengan kejatuhan harga getah.

“Harga getah sekarang tidak dapat mengimbangi kos sara hidup yang semakin meningkat berikutan kenaikan harga barang-barang keperluan harian yang tidak dapat dielakkan kerana bergantung kepada pasaran antara bangsa,” jelasnya.

Tambahnya, jika harga komoditi ini stabil, pekebun kecil getah tidak menghadapi masalah kerana sebelum ini mereka dapat menampung keperluan harian keluarga masing-masing.

Justeru itu katanya, LIGS perlu mencari alternative untuk membantu pekebun-pekebun kecil getah di negeri ini yang kian tertekan.

Komen


Berita Berkaitan