Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,644

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bantuan RM1.3 Juta Untuk Usahawan Tani Terjejas Banjir Di Sabah

3:34pm 10/11/2015 Pak Roshan 29 views Beaufort,Mutakhir,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

BEAUFORT : Kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperuntukkan RM1.3 juta kepada Sabah bagi membantu usahawan tani yang terjejas ekoran bencana banjir di negeri ini pada awal tahun ini.

Timbalan Pengerusi Peladang Kebangsaan (NAFAS) Datuk Mohd Nazri Abdullah berkata, peruntukan itu melibatkan kira-kira 500 usahawan tani di luar bandar dari beberapa daerah di negeri ini.

“Penerima ini mengusahakan pelbagai bidang asas tani termasuk penternakan, pekebun sayur dan nelayan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wang ihsan bantuan bencana agromakanan kepada usahawan tani dekat sini, Selasa.

Menurutnya, bagi daerah Beaufort seramai 89 penerima melibatkan peruntukan berjumlah RM100,000.

Sementara itu, kebanyakan usahawan tani di daerah Beaufort yang ditemui pemberita melahirkan rasa syukur atas bantuan yang diberikan oleh kerajaan.

Seorang penerima Awang Hamid Pangiran Padang, 64, yang mengusahakan tanaman jagung dan tembikai di tanah seluas 10 hektar turut musnah dalam kejadian banjir itu.

Katanya, tanaman jagung yang bakal dituai rosak akibat banjir itu menyebabkan beliau mengalami kerugian.

“Saya amat berterima kasih dengan bantuan ini kerana besar maknanya bagi kami sekeluarga untuk memulakan tanaman semula,” katanya.

Bagi Rosilina Molondoi, 41, dari Kampung Saliwangan yang mengusahakan dua buah kolam ikan turut mengalami kerugian dalam bencana alam itu.

Katanya, banjir besar itu menghanyutkan ikan-ikan yang diternaknya untuk dipasarkan di Pekan Beaufort dan kawasan sekitarnya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan