Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bantuan Perumahan RM1.8 Juta Kepada Nelayan Labuan Pada 2012-2015

gambar hiasan
gambar hiasan

LABUAN : Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) cawangan Labuan menyalurkan bantuan perumahan berjumlah RM1.8 juta kepada 173 nelayan antara 2012 dan 2015.

Peruntukan itu bertujuan membantu masyarakat nelayan membina semula dan meningkatkan kesejahteran hidup masing-masing.

Pengarah LKIM (Labuan) Dzulkifli Mad Ali hari ini berkata kerajaan sentiasa peka tentang keperluan dan kebajikan masyarakat nelayan.

Katanya lembaga itu juga menghulurkan bantuan bencana dan kebajikan berjumlah RM78,200 kepada 10 nelayan di sini tahun lepas, berbanding RM15,000 kepada 11 nelayan pada 2014.

Dzulkifli berkata bantuan itu diberi kepada mereka yang, antara lain, mengalami kemusnahan harta benda dan menjalani rawatan di hospital.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata kerajaan memperuntukkan RM250 juta bagi membantu golongan nelayan pada tahun lepas.

Dzulkifli berkata kerajaan, melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, memperuntukkan RM20 juta bagi pembinaan Kompleks LKIM Labuan Fasa II yang dijangka siap sepenuhnya pada 2018 dan mula beroperasi pada tahun berikutnya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan