Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bantuan persekolahan bantu meringankan bebanan ibubapa

KOTA KINABALU: Para ibubapa dan penjaga murid yang menerima Bantuan Khas Persekolahan 1Malaysia hari ini menganggap bantuan tersebut dapat membantu meringankan beban mereka terutama menjelang sesi persekolahan.

Bagi seoranga bapa, Duanis Joannes, 36, semua keperluan dan kelengkapan persekolah untuk anak-anaknya seramai lima orang iaitu dua sekolah menengah dan tiga lagi masih di sekolah rendah telah disediakan pada bulan Disember lalu.

“Saya membelanjakan kira-kira RM200 untuk membeli kelengkapan sekolah termasuk pakaian sekolah, kasut, stokin dan beg untuk setiap seorang anak saya,” katanya sambil menambah bahawa bayaran yuran sekolah anaknya di  Tingkatan 2 dan 3 tahun ini sebanyak RM70 lebih murah berbanding semasa memasuki Tingkatan 1 pada tahun lalu iaitu RM290.

Bagaimanapun katanya, ia bergantung kepada pihak sekolah masing-masing, kerana ada sekolah yang memerlukan pelajar itu membeli pakaian pendidikan jasmani dan pakaian beruniform.

Sementara itu, Juliana Dominik, 42, berkata, dia membelanjakan lebih kurang RM700 untuk membeli baju sekolah, kasut, stokin dan beg sekolah untuk empat orang anaknya yang masing-masing bersekolah di Tahun 2, tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.

“Ini belum lagi termasuk bayaran keperluan lain yang wajib dan ditetapkan oleh pihak sekolah (menengah) untuk setiap pelajar, iaitu buku latihan, yuran, lencana, tali leher, baju pendidikan jasmani, baju kurung batik khas, yuran persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) dan banyak lagi lebih kurang RM200 untuk setiap pelajar,” katanya.

Ketika ditanya sama ada Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia sebanyak RM100 yang diberikan kepada setiap pelajar dapat mengurangkan bebanan perbelanjaan ibu bapa, Juliana berkata, walaupun bantuan itu sedikit tetapi ia amat bernilai bagi mereka yang tiada pendapatan tetap.

“Memandangkan semua anak saya sudah ada pakaian, kasut dan beg sekolah, jadi saya gunakan bantuan itu untuk membayar kelengkapan persekolahan yang diperlukan oleh sekolah untuk setiap pelajar,” katanya. – oleh Monica Gidong / sayangsabah

BANTUAN PERSEKOLAHAN… Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad Ayib menyampaikan bantuan khas persekolahan kepada salah seorang murid di Dewan SK Malawa, Sepanggar Kota Kinabalu hari ini. – foto sayangsabah
BANTUAN PERSEKOLAHAN… Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad Ayib menyampaikan bantuan khas persekolahan kepada salah seorang murid di Dewan SK Malawa, Sepanggar Kota Kinabalu hari ini. – foto sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan