Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,689

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bantuan one-off amat bermakna bagi kami

11:51pm 21/05/2016 Leolerry Lajius 72 views Pendidikan,Tempatan
Rozaliah (kiri) dan Ronald (kanan) antara penerima bantuan one-off berkenaan.

Rozaliah (kiri) dan Ronald (kanan) antara penerima bantuan one-off berkenaan.

KOTA KINABALU: “Sangat membantu dan besyukur kerana diberi bantuan seumpama ini.”

Demikian ungkapan salah seorang penerima bantuan one-off yang disumbangkan oleh Kumpulan Yayasan Sabah hari ini, sempena dengan Karnival Pendidikan Kumpulan  Yayasan Sabah siri ke-2, di perkarangan Menara Tun Mustapha.

Rozaliah Binti Mokhtar, 26, berasal dari Semporna dan kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Master di Universiti Malaysia Sabah menyifatkan bantuan tersebut amat membantu kerana setakat ini beliau belum menerima bantuan biasiswa daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian.

“Saya rasa sangat bersyukur kerana menjadi salah satu penerima bantuan ini kerana setakat ini saya belum menerima bantuan biasiswa untuk melanjutkan pengajian saya,”katanya ketika ditemui media sempena majlis berkenaan.

Sementara itu menurut salah seorang lagi penerima bantuan itu iaitu Ronald Piat,18, bantuan itu amat bermakna buat dirinya kerana dapat digunakan untuk membuat pembayaran yuran semester pertama pengajiannya.

Pelajar yang melanjutkan pengajian di Sidma Kolej dalam Diploma  Pendidikan Awal Kanak-kanak itu akan memanfaatkan bantuan it sebaiknya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Yayasan Sabah kerana memberikan bantuan seumpama ini dan saya akan menggunakan wang ini untuk membayar yuran pengajian saya,”katanya.

Seramai 200 orang pelajar terpilih telah diberikan bantuan berkenaan dan setiap seorang menerima RM500.00.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan