Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,775

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bantuan Khas RM500 Untuk Pejawat Awam Negeri Sabah Sempena Aidilfitri

5:56pm 11/06/2016 Pak Roshan 4439 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

KOTA KINABALU, 11 Jun (Bernama) — Sejajar dengan keputusan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri Sabah hari ini turut mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 untuk semua anggota perkhidmatan awam negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, yang mengumumkan bantuan itu dalam kenyataan di sini hari ini, berkata bayaran bantuan khas berkenaan akan dibuat secara serentak dengan bayaran gaji bulan ini.

“Pemberian bantuan khas kepada seramai 17,574 orang Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sabah itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM8.786 juta,” katanya.

Musa yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata keputusan kerajaan negeri memberi Bayaran Khas Kewangan itu adalah bagi menghargai sumbangan dan dedikasi Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dalam melaksanakan program pembangunan negeri.

“Pemberian bantuan itu juga sebagai langkah untuk meringankan beban dan membantu dalam menghadapi persediaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini,” katanya.

Rabu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam persekutuan dan RM250 bagi 743,000 pesara kerajaan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan