Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bantuan Khas RM500 Juta Tanda Keprihatinan Kerajaan

cm3

TUARAN – Bantuan khas RM500 juta untuk mangsa banjir di negeri-negeri yang dilanda bencana alam itu menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam membantu rakyat, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan pengumuman bantuan khas itu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam yang juga satu usaha murni kerajaan untuk membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir.

“Ini (bantuan khas) menunjukkan keprihatinan yang tinggi sekali oleh seorang perdana menteri terhadap rakyat yang dalam keadaan kritikal sekarang di negeri-negeri yang terjejas.

“Bantuan khas ini memang kena pada masanya dan kita berharap ia dapat meringankan beban negeri-negeri terlibat dan juga rakyat yang sedang menghadapi kesukaran,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Krismas Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) di Kiulu dekat sini hari ini.

Sebanyak 10 negeri dilanda banjir sejak pertengahan bulan ini iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis, Perak, Pahang, Kedah, Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Sabah, membabitkan lebih 130,000 orang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir.

Banjir di Sabah yang melibatkan daerah Beaufort dan Tenom, pulih pada 24 Disember lepas manakala di Perlis dan Selangor pulih hari ini dengan semua pusat pemindahan ditutup.

Semasa mengumumkan bantuan khas itu semalam, Najib berkata dana RM500 juta itu merangkumi bantuan bagi mangsa yang kediaman dan kenderaan mereka rosak akibat banjir.

Beliau bagaimanapun berkata, ia tidak meliputi peruntukan yang akan ditentukan kemudian untuk membaiki kerosakan kepada institusi pendidikan, bangunan kerajaan, masjid, surau dan lain-lain. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan